Menteri Perdagangan Indonesia, Budi Santoso menyifatkan seruan memboikot produk makanan dan minuman keluaran negara itu yang beroperasi di Malaysia sebagai isu sementara dan tidak memberikan kesan besar terhadap hubungan perdagangan kedua-dua negara.
Menurut beliau, pihaknya sudah menghubungi Atase Perdagangan serta wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Malaysia bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung isu tersebut.
Indonesia Yakin Boikot Hanya Sementara
Budi berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada perwakilan Indonesia di Malaysia, keadaan masih terkawal dan tidak menimbulkan sebarang masalah besar.
Ini mungkin hanya berlaku buat sementara waktu. Kami sudah berkomunikasi dengan Atase Perdagangan dan wakil KBRI. Tiada masalah, semuanya baik-baik sahaja.

Seruan Boikot Tercetus Selepas Dakwaan Hina Raja Malaysia
Terdahulu, isu berkenaan mula mendapat perhatian selepas seorang pengguna Threads berkongsi senarai jenama makanan dan minuman milik Indonesia yang menjalankan perniagaan di Malaysia. Menerusi perkongsian tersebut, pengguna berkenaan turut menyeru rakyat Malaysia supaya memboikot produk terbabit.
Menurut laporan, individu itu menjelaskan bahawa seruan boikot tersebut bukan disebabkan kekalahan dalam perlawanan bola sepak, sebaliknya berkait dengan dakwaan beberapa hantaran di media sosial yang menghina Raja Malaysia serta bekas pemimpin negara.

Dakwaan penghinaan itu dikatakan mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga timbul gesaan untuk memboikot produk dari Indonesia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Malaysia Tidak Akan Wujud Tanpa Indonesia" - Pelakon Negara Seberang Ini Bersuara Mengenai Isu Boikot Produk Kahf
The post “Ini Hanya Bersifat Sementara” – Menteri Perdagangan Anggap Isu Boikot Produk Indonesia Bukan Masalah Besar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




