Kecoh Produk Diboikot Di Malaysia, Menteri Indonesia Sifatkan Ia Hanya Sementara

LocalPolitics
13 Oct 2026 • 4:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

menteri indonesia boikot produk di malaysia

Seruan memboikot produk makanan dan minuman dari Indonesia yang beroperasi di Malaysia nampaknya mendapat perhatian pihak negara jiran apabila Menteri Perdagangan Indonesia, Budi Santoso, tampil mengulas isu berkenaan.

Menurut Budi, tindakan boikot itu dipercayai hanya berlaku buat sementara waktu dan menegaskan bahawa hubungan perdagangan kedua-dua negara tidak berdepan masalah besar.

Memetik laporan detikFinance, beliau berkata pihaknya sudah berkomunikasi dengan Atase Perdagangan serta Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu tersebut.

Jelasnya, setakat ini, isu berkenaan tidak menimbulkan masalah besar terhadap hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.

“Ini mungkin hanya berlaku buat sementara waktu. Kami sudah berkomunikasi dengan Atase Perdagangan dan wakil KBRI. Tiada masalah, semuanya baik-baik sahaja,” katanya.

Artikel berkaitan: “Ambil maklum permohonan maaf, kepercayaan perlu dipulihkan” – Alif Satar Respon Isu Kahf

Kenapa produk Indonesia diseru untuk diboikot?

Seruan boikot itu mula tercetus selepas pengguna Threads berkongsi senarai jenama makanan dan minuman keluaran Indonesia yang beroperasi di Malaysia sebelum mengajak orang ramai memboikot produk berkenaan.

Menurut laporan terbabit, antara dakwaan yang mencetuskan kemarahan ialah hantaran media sosial yang dianggap menghina Raja Malaysia dan bekas pemimpin negara.

Pengguna itu mendakwa tindakan berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Malaysia, sambil menyatakan bahawa kesabaran mereka ada batasnya.

Sumber: Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved