![Image from: Ini Hukum Suka Bodek Bos & Naik Pangkat Dengan Cara Burukkan Orang Lain [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Hukum-bodek-bos-dan-jatuhkan-orang-lain.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila masuk alam pekerjaan, pelbagai ragam rakan sekerja yang dapat dilihat antaranya seperti yang rajin bekerja, malas malah kaki kipas bos pon ada untuk kepentingan diri sendiri.
Kadangkala, ada segelintir yang sanggup memburukkan orang lain demi untuk naik pangkat.
Persoalannya, adakah cara sebegini dibenarkan dalam Islam? Bagaimana pula dengan keberkatan gaji seseorang itu jika berbuat demikian.
Tak Haram Jika Seseorang Suka Bodek Bos – UAI
Menurut penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam satu video di YouTube, perbuatan mengampu atau membodek bos bukanlah menjadi satu kesalahan.
“Hukum bodek bos, tidak haram. ‘Bos bagilah naik pangkat, bos bagilah naik gaji’, itu bodek orang panggil. Itu boleh.
“‘Bos saya kerja lama dah, bagi la naik gaji’ itu bodek la tu, tak apa macam tu,” katanya.
Bodek Boleh Jadi Haram Jika Ada Unsur Menjatuhkan Orang Lain
Namun jelas beliau, bodek atau mengampu majikan tidak boleh dilakukan sekiranya mempunyai unsur menjatuhkan orang lain.
“Yang tak boleh, dalam bodek itu menjatuhkan orang lain. Dalam bodek itu, menafikan hak orang lain.
“Ini yang ramai (buat). Dalam cocoh (bodek) dia tu, dia mampuh (menjatuhkan) orang, kalau orang tu mampuh (jatuh), dia naik. Hukumnya haram,” jelas beliau.
Tak Berkat Gaji Seseorang Kalau Naik Pangkat Dengan Cara Menjatuhkan Orang Lain
Terang UAI lagi, tidak berkat sesuatu pangkat itu sekiranya diperolehi dengan cara menjatuhkan orang lain.
“Kalau dapat pangkat, tidak berkat. Orang kafir pun dapat gaji juga, ada halal juga. Bukan semua orang kafir gajinya haram, ada gajinya halal tapi keberkatan tak ada.
“Kita (orang Islam) bukan nak gaji halal, tetapi kita nak halal dan barokah,” jelasnya.
Tak Boleh Naikkan Pangkat Seseorang Hanya Kerana Suka & Tanpa Kelayakan
Dalam video berasingan, UAI menjelaskan seseorang majikan tidak boleh menaikkan pangkat pekerja hanya kerana suka.
Ini kerana jelas beliau, perbuatan tersebut boleh menyebabkan ‘kerosakan’ seperti Sabda Nabi Muhammad SAW dalam Riwayat al-Bukhari (6496) dan Ibn Hibban (104).
“Naikkan pangkat kerana dia suka tetapi dia tak layak, tak boleh la, tak layak.
“Sabda Nabi Muhammad SAW:
إِذَا أُسْنِدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ
“Maksudnya kalau kita beri suatu tugas kepada orang yang tak reti, maka dia jadi rosak (kebinasaan),” kata UAI.
Boleh Naikkan Pangkat Kalau Dia Boleh Buat Kerja
Terang penceramah itu lagi, majikan boleh menaikkan pangkat seseorang jika dia sememangnya boleh membuat kerja.
“Walaupun kita minat dia, jangan kita naikkan pangkat dia kerana dia akan buat tugas yang dia tak boleh buat tetapi kalau dia boleh buat tugas dia dan dia layak, tiada masalah.
“Jangan (kerana) kita minat dan kita nak zalimi orang lain, hukumnya haram. Sebab itu kita ini (kena) beramanah,” jelasnya.
Baca Artikel Berkaitan: Kaki Mengular Patut Tahu! Ini Hukum Buat Urusan Lain Ketika Waktu Bekerja [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Penguatkuasa Ikut Arahan Atasan Sehingga Zalimi Rakyat? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus [Video]

![Rupanya Ini 3 Cara Yang Boleh Dilakukan Jika Ingin Berhenti Ketika Sedang Solat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/3-cara-berhenti-daripada-sedang-solat-800x467.jpg?t=1781164818)
