Dahulukan Makan Tumbuhan Jika Sesat, Khinzir Tetap Tak Boleh -Ustaz Azhar Idrus

LocalOpinion
3 Jun 2026 • 9:52 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan individu yang sesat di dalam hutan tidak boleh terus menjadikan daging babi sebagai pilihan makanan atas alasan darurat.

Menurut beliau memetik laporan daripada Kosmo!, ulama terdahulu menetapkan bahawa segala sumber makanan yang halal dan boleh diperoleh di dalam hutan seperti tumbuh-tumbuhan liar perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan pilihan lain.

Makan daun atau tumbuhan jika sesat di hutan

Katanya, keadaan darurat yang mengharuskan seseorang memakan makanan haram mempunyai syarat dan perincian tertentu yang perlu difahami dengan jelas.

“Ulama dahulu menyebut, jika sesat di dalam hutan, maka pokok atau tumbuhan yang boleh dijadikan makanan hendaklah didahulukan. Berbeza jika seseorang tersesat di padang pasir atau kawasan daratan yang luas serta tiada sumber makanan lain.
“Jangan terus kata apabila sesat dalam hutan dan tiada makanan, kemudian apabila nampak babi lalu terus boleh makan. Itu tidak boleh,” katanya dalam satu kuliah yang dikongsikan di media sosialnya sebelum ini.

 

Image from: Dahulukan Makan Tumbuhan Jika Sesat, Khinzir Tetap Tak Boleh -Ustaz Azhar Idrus

Hukum makan babi boleh dipertimbangkan jika benar-benar terdesak

Azhar menyatakan, hutan lazimnya mempunyai pelbagai jenis tumbuhan liar yang boleh dijadikan sumber makanan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Menurutnya, hukum memakan babi hanya boleh dipertimbangkan dalam keadaan benar-benar terdesak selepas tiada lagi pilihan makanan lain yang boleh dimakan.

“Masa dalam hutan masih ada banyak tumbuhan liar yang boleh dimakan. Sebab itu tidak boleh terus ambil babi sebagai makanan.
“Jika benar-benar tiada pilihan lain, contohnya hanya ada tikus dan babi, maka tikus didahulukan kerana najis mutawasitaf babi sememangnya diharamkan,” jelasnya.

Image from: Dahulukan Makan Tumbuhan Jika Sesat, Khinzir Tetap Tak Boleh -Ustaz Azhar Idrus

Susulan itu, beliau menyarankan agar masyarakat perlu memahami konsep darurat dalam Islam dengan tepat supaya tidak tersalah tafsir sehingga menganggap sesuatu yang haram boleh dilakukan dengan mudah tanpa memenuhi syarat yang ditetapkan syarak.

Sumber: Kosmo Online!

The post Dahulukan Makan Tumbuhan Jika Sesat, Khinzir Tetap Tak Boleh -Ustaz Azhar Idrus appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved