“Ini jalan paling sesuai” – Tiada Jalan Penyelesaian Isu Anak, Fizi Ali Fail Tuntutan Hadanah

Entertainment
22 Jan 2024 • 1:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan kemelut membabitkan urusan penjagaan anak dengan bekas isteri Shakilla Khoriri, penyampai radio Fizi Ali hadir ke mahkamah hari ini bagi kes tuntutan hadanah.

Kata Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, 37, niatnya memfailkan tuntutan hadanah itu dibuat bukan untuk berebut anak perempuan mereka, Nur Ameena Sofia. Sebaliknya, mahukan anaknya mendapat kasih sayang sempurna daripada kedua-dua pihak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

“Saya bukan hendak berebut ke hendak apa…lebih penting anak saya dapat kasih sayang dari ibu dia dan bapa.

“Saya buat ini kerana sebagai bapa saya tidak mahu dituduh macam-macam. Itu yang saya nak perjuangkan. Saya tahu ramai mesej langsung (DM) kerana mungkin mengalami nasib sama seperti saya.

“Oleh kerana sebelum ini perbincangan berdua tidak dapat diselesaikan, saya rasa inilah jalan saya rasa paling sesuai sekali (tuntutan hadanah),” katanya.

Memetik sumber Kosmo!, kedua-dua pihak hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan kes tuntutan itu dengan Fizi selaku pemohon dan bekas isterinya sebagai defendan.

Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat berjumpa anak tunggalnya ketika hari graduasi.

Fizi turut mendakwa dia tidak dapat berhubung dengan anak kesayangannya itu apabila panggilan telefon tidak diangkat dan mesej tidak berbalas.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.