“Ini Masanya Untuk..” – BLACKPINK Dipercayai Bakal Bubar Dek Tindakan Rosé Ini?

Music
12 Feb 2024 • 10:31 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Selepas keluar dari YG Entertainment, semua ahli BLACKPINK nampaknya akan lebih aktif sebagai artis solo kini.

Sebelum ini, Jennie dan Lisa telah mengumumkan pembukaan syarikat mereka sendiri iaitu ODD ATELIER dan LLOUD, bagi menguruskan aktiviti solo mereka.

Terbaru pada 11 Februari pula, Rosé telah membuka saluran siaran di Instagram untuk berborak lebih dekat dengan peminatnya dan turut berkongsi teaser lagu baru yang berjudul “Vampirehollie”.

Bukan itu sahaja, penyanyi “On the Ground” itu turut meminta peminat untuk memberi cadangan nama buat kelab peminat solonya, menimbulkan dakwaan bahawa BLACKPINK bakal bubar atau tidak aktif lagi di masa hadapan.

Bagaimanapun, ada juga yang menjelaskan ianya sesuatu yang normal untuk mempunyai kelab peminat solo sendiri tambahan pula, Rosé dan ahli lain mempunyai banyak aktiviti individu dalam dunia hiburan dan fesyen.

Semoga terus maju jaya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.