“Ini pengajaran” – Datin Shahida Bengang Pembantu Rumah & Tukang Kebun Buat ‘Projek’ Dalam Rumah

Entertainment
9 May 2025 • 4:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Khidmat pembantu rumah digunakan untuk membantu melakukan kerja-kerja di rumah. Tetapi, sukar buat majikan untuk mendapatkan pembantu rumah yang ikhlas bekerja tanpa menimbulkan sebarang masalah.

Itulah apa yang dialami oleh isteri usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Datin Seri Nur Shahida, yang mendedahkan mengenai perbuatan tidak senonoh pembantu rumahnya.

Berkongsi mengenai perkara tersebut dalam satu sesi live, Shahida menceritakan dia berasa marah apabila mengetahui pembantu rumah itu telah melakukan perbuatan terkutuk dengan seorang tukang kebun dalam kediamannya.

Perkara itu terbongkar selepas salah seorang daripada mereka ditangkap mencuri. Jelas Shahida, walaupun dia dilihat berimej lemah lembut, tetapi perkara sebegitu benar-benar menguji kesabarannya.

“Saya dapat tahu sebab salah seorang itu ditangkap mencuri dan satu penipuan itu membuka kepada penipuan yang lain. Mereka berdua bukan suami isteri.”

Ketika ditanya netizen mengenai aib, Shahida menegaskan bahawa dia tidak menyebut nama kedua-dua individu terbabit dan perkara yang dikongsikan itu sebagai pengajaran buat mereka yang mempunyai pembantu rumah.

“Ini bukan aib, saya tidak sebut nama dan ini pengajaran.

“Siapa yang ada pembantu rumah kena ambil perhatian terutamanya kalau ada tukang kebun dan pembantu rumah. Perkara ini akan jadi, tidak mustahil,” ujarnya.

Korang yang nak ambil pembantu rumah tu, berhati-hatilah ya.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.