Pembantu Rumah Dan Tukang Kebun Kantoi ‘Projek’ Atas Sofa Dalam Rumah Aliff Syukri

9 May 2025 • 11:12 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Aliff Syukri

Usahawan terkenal yang merupakan isteri kepada Aliff Syukri, Datin Shahida mengejutkan ramai apabila mendedahkan insiden memalukan melibatkan pembantu rumah dan tukang kebun di kediamannya sendiri.

Pendedahan itu dibuat menerusi sesi siaran langsung di TikTok, di mana Shahida menceritakan bagaimana dia ‘naik angin’ selepas mendapati kedua-dua individu terbabit melakukan perkara tidak senonoh di ruangan basement rumah.

“Saya tumbuk lelaki tu” – Isteri Aliff Syukri

Walaupun dikenali dengan imej lemah-lembut, Shahida berkata perkara sebegitu benar-benar mencabar kesabarannya.

Saya punya marah sampai saya tumbuk lelaki itu. Saya ni gengster tau.

Paling pantang orang buat perkara tidak senonoh di rumah saya.

Insiden itu terbongkar selepas salah seorang daripada mereka ditangkap mencuri, dan dari situ pelbagai penipuan lain turut terbongkar. 

Shahida juga memaklumkan bahawa mereka bukan pasangan suami isteri.

Pengajaran buat semua

image is not available

Ketika ditanya netizen mengenai soal membuka aib, Shahida menegaskan niatnya hanya untuk berkongsi pengajaran kepada mereka yang mempunyai pembantu rumah di rumah.

Ini bukan aib, saya tidak sebut nama dan ini merupakan pengajaran.

Siapa yang ada pembantu rumah kena ambil perhatian terutamanya kalau ada tukang kebun dan pembantu rumah. Perkara ini akan jadi, tidak mustahil.

Pssttt! Selalu pantau keadaan di rumah dan jangan terlalu percaya sepenuhnya kepada pekerja. Langkah berjaga-jaga bukan tanda curiga, tapi demi menjaga keharmonian dan keselamatan keluarga.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.