Ini Pilihan Warna Baju & Tudung Yang Betul Untuk Ambil Gambar IC 

LocalLifestyle
26 Sep 2025 • 6:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ini Pilihan Warna Baju & Tudung Yang Betul Untuk Ambil Gambar IC

Seperti yang diketahui, Kad Pengenalan atau MyKad ialah dokumen pengenalan diri rasmi bagi setiap warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas.

Kad ini bukan sahaja berfungsi sebagai bukti kewarganegaraan, malah juga mengandungi pelbagai maklumat penting seperti nombor kad pengenalan, alamat dan data biometrik.

Ia turut direka dengan ciri keselamatan tinggi untuk mengelakkan pemalsuan, sekali gus memastikan identiti pemilik sentiasa dilindungi.

Selain itu, MyKad mempunyai pelbagai kegunaan dalam urusan harian khususnya dalam berurusan dengan agensi kerajaan.

Lebih-lebih lagi, ia menjadi medium untuk pelbagai pengesahan kepada urusan bantuan kerajaan, termasuk pengesahan penerima bantuan kewangan, skim kebajikan dan subsidi.

Sehubungan itu, SK akan kongsikan salah satu aspek penting, iaitu warna pakaian dan tudung yang sesuai sewaktu membuatkan kad pengenalan baharu.

Menerusi perkongsian hantaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang di platform TikTok, pemilihan warna pakaian semasa membuat MyKad ini juga memainkan peranan yang penting. Ia bagi memastikan gambar yang diambil kelihatan profesional, kemas, dan mudah dikenali.

Warna Pakaian Yang Sesuai

Menurut jabatan berkenaan, warna pakaian yang sesuai untuk mengambil gambar kad pengenalan adalah warna yang gelap seperti maroon, hitam, biru gelap dan ungu gelap.

Sekiranya warna pakaian yang dipakai adalah terlalu cerah atau tidak sesuai (mengganggu pencahayaan dalam gambar) anda terpaksa memakai pakaian yang disediakan JPN.

Bagi kaum lelaki, pakaian berkolar atau round neck dibenarkan untuk mengambil gambar MyKad.

 

Warna Tudung Yang Sesuai

Sementara itu, bagi wanita pula, warna tudung yang sesuai dipakai juga adalah berwarna gelap seperti ungu gelap, coklat, hitam, maroon, biru gelap dan lain-lain.

Untuk menampakkan diri lebih kemas dan rapi, pastikan tudung atau pakaian yang dipakai tidak mengandungi corak atau hiasan berlebihan atau terlalu berkilat sehingga mennjejaskan gambar MyKad anda.

Semoga bermanfaat

@jpnppofficial

YANG PENTING AMPA MESTI PAKAI WARNA GELAP…SEBAB BACKGROUND WARNA PUTIH #MalaysiaMadani #RakyatDiHatiJPN #fypシ #fypmalaysia #mykad

♬ hotel r a s p u t i n service – veggibeats

View Original Article