“Ini sangat biadap!” -Ibu Ameera Khan kesal, anak gadis difitnah berjudi

Entertainment
11 Sep 2023 • 8:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perkongsian pempengaruh media sosial, Ameera Khan dalam beberapa muat naik terbarunya di media sosial telah mendapat perhatian ramai.

Mana tidaknya, Ameera yang seperti biasa bergaya elegant telah berkongsi beberapa gambar sewaktu di luar negara menyaksikan satu acara melibatkan perlumbaan kuda.

Noor Kartini kesal Ameera Khan dituduh berjudi

Ternyata, posting yang dibuat adik kepada selebriti terkenal, Neelofa itu telah menjadi perbualan netizen sehingga ada yang sanggup melemparkan tuduhan bahawa dia sedang berjudi.

Fitnah tersebut ternyata membuatkan ibunya, Noor Kartini begitu kesal sehingga menyelar tindakan biadab pihak yang menuduh Ameera Khan berjudi hanya berdasarkan hantaran di media sosial.

“Ini sangat BIADAP…nak meniaga biarlah rezeki yang HALAL…bukan sanggup FITNAH sampai macam ni,” tulisnya.

image is not available

Ameera Khan berjudi?

Perkongsian tersebut telah mendatangkan pelbagai komen daripada netizen. Ada di antara mereka menyokong kekesalan yang diluahkan Noor Kartini kerana menganggap hal tersebut sangat berlebihan.

Walau bagaimanapun, ada juga yang menasihati supaya menegur Ameera Khan agar tidak memuat naik perkongsian yang boleh mengundang fitnah di media sosial.

image is not available

 

Jangan nampak je terus judge

image is not available

Siap pakai nama Remy Ishak lagi

Terdapat juga komen-komen yang ditinggalkan oleh beberapa netizen yang mempertikaikan hantaran tersebut kerana mengaitkan nama pelakon popular, Remy Ishak.

image is not available

Jangan layan marketing murahan macam ni

image is not available

 

Ibu bapa pun patut kena tegur anak2 juga

Selain itu, netizen turut meminta supaya ibu kepada pempengaruh jelita itu untuk menegur pemakaian anak perempuannya itu kerana sering berkongsi gambar memakai pakaian-pakaian seksi di media sosialnya.

image is not available

Terdahulu, nama adik kepada selebriti popular Neelofa itu kembali menjadi bualan ramai di media sosial apabila memuat naik beberapa keping gambar ketika menyaksikan satu acara perlumbaan kuda di sebuah lokasi dipercayai di Paris, Perancis.

Salah satu gambar tersebut memaparkan dirinya memegang sekeping kertas seperti tiket selain kapsyen seolah-olah berbaur pertaruhan bagi sesebuah perlumbaan.

Sumber: Instagram noorkartini