“Sangat BIADAB” – Didakwa Hadir Acara Lumba Kuda, Ibu Neelofa Bengang Ameera Dituduh Berjudi

Entertainment
11 Sep 2023 • 3:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan menjadi bahan bualan selepas berkongsi gambar menghadiri acara lumba kuda di Longchamp Racecourse, Paris.

Dalam hantaran tersebut, Ameera yang juga seorang personaliti media sosial memuat naik kapsyen telah meletakkan pertaruhan dalam perlumbaan terbabit.

Tidak pasti sekadar bergurau atau sebaliknya, hantaran tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada pihak yang mensasikan perkara itu dengan mendakwa perbuatan Ameera sudah dikira berjudi apabila mempertaruhkan pelumba mana yang akan memenangi perlawanan kuda dalam acara itu.

image is not available

“Bukan sanggup FITNAH sampai macam ni”

Melihat isu yang telah berlegar di media sosial, Noor Kartini berasa bengang dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap anaknya.

“Ini sangat BIADAB, nak meniaga biarlah rezeki yang HALAL… bukan sanggup FITNAH sampai macam ni,” katanya menerusi hantaran terkini di Instagram.

Lebih menjengkelkan, golongan ini sengaja mengeluarkan cerita palsu semata-mata untuk mempromosi produk niaga mereka.

Menerusi ruangan komen, netizen meminta Noor Kartini untuk menyaman pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah tersebut.

Sebelum ini, Neelofa pernah memaklumkan bahawa ahli keluarga sering menasihati adik beradiknya jika terpalit sebarang kontroversi.

Hanya keluarga mereka sahaja yang tahu perkara sebenar…

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.