“Ini Scam Yang Paling Saya Benci” – Aaron Aziz Dedah Gambar Digunakan Untuk Raih Keuntungan Peribadi

EntertainmentOpinion
6 Jan 2025 • 4:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon sensasi, Datuk Aaron Aziz mendedahkan dirinya sudah beberapa kali menerima janji-janji palsu dan menjadi mangsa penipuan daripada pihak yang hanya ingin mengaut keuntungan.

Menurut Mstar, pelakon itu berkata, pelbagai kontrak berupa filem mahupun projek yang bernilai mencecah jutaan ringgit yang sudah dibincangkan namun akhirnya perkara tersebut tiada hasil.

image is not available

Ini scam yang saya paling benci. Saya dah jumpa mereka, berbincang katanya mahu buat filem dan projek berjuta-juta tetapi akhirnya tiada hasil.

 

Apa yang mereka buat adalah ambil gambar bersama saya kemudian tunjuk kepada pelabur untuk salur duit kepada mereka. Itu hanya tujuan peribadi mereka sahaja. Banyak kali saya terkena, tidak terkira.

image is not available

Pelakon itu turut memberitahu terdapat juga individu yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan wajah dan suaranya untuk melariskan jualan mereka.

Aaron menambah, sehingga kini dia masih belum berjaya untuk menemui individu yang melakukan perkara tersebut.

image is not available 2 months ago

“Manusia Tak Reti Bersyukur, Aku Takkan Pernah Lupa Muka Kau!”- Aaron Aziz Berang Duit Isteri Kena ‘Songlap’