Ini Sebab Kenapa Anya Taylor-Joy Dinobat Wanita Paling Cantik Di Dunia

25 Jul 2024 • 8:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Aktres Hollywood, Anya Taylor-Joy telah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia pada tahun 2024.

Memetik laporan The Sun UK, keputusan itu diraih berdasarkan penilaian formula matematik kuno Yunani.

Formula Nisbah Emas

Pelakon filem The Queen’s Gambit berusia 28 tahun itu mendapat markah paling hampir dengan idea kesempurnaan wajah bangsa Yunani berdasarkan formula yang dikenali sebagai Nisbah Emas.

Nisbah Emas merupakan  persamaan matematik yang direka untuk mengukur kecantikan seseorang wanita atau lelaki.

Mata, kening, hidung, bibir, dagu, rahang dan bentuk muka Joy adalah antara yang dipetakan dan diukur oleh pakar-pakar bedah kosmetik.

Ia didapati 94.66 peratus sejajar dengan nisbah ideal 1.618 atau turut dikenali sebagai phi dalam huruf Yunani.

Menurut pakar bedah kosmetik Harley Street, Dr Julian De Silva Anya, Anya Taylor-Joy ialah pemenang yang jelas apabila semua elemen wajahnya diukur untuk kesempurnaan fizikal.

“Teknik pemetaan komputer serba baharu ini membolehkan kami menyelesaikan beberapa misteri tentang perkara yang menjadikan seseorang itu cantik secara fizikal. 

“Teknologi ini berguna semasa merancang pembedahan pesakit,” katanya. – AGENSI

Selain itu, berikut merupakan senarai 10 wanita tercantik dunia 2024.

  1. Anya Taylor-Joy
  2. Zendaya
  3. Bella Hadid 
  4. Margot Robbie
  5. Song Hye-kyo
  6.  Beyonce 
  7.  Taylor Swif
  8.  Zhang Ziyi
  9. Alia Bhatt 
  10. Nazanin Boniadi

Sumber: The Sun UK