Ini Sebab Kenapa Forex Diharamkan Dalam Islam

17 Aug 2024 • 11:14 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Forex Trading: Apakah Hukumnya dalam Islam?

Ini Sebab Kenapa Forex Diharamkan Dalam Islam. Forex Trading atau perdagangan pertukaran mata wang asing ialah aktiviti jual beli mata wang negara berbeza dengan tujuan meraih keuntungan daripada perubahan nilai mata wang tersebut.

Ia boleh dibandingkan dengan menukar wang semasa melancong ke luar negara, tetapi dalam Forex Trading, urusan ini dilakukan secara dalam talian tanpa perlu bergerak ke mana-mana.

image is not available

Garis Halus antara Pelaburan dan Perjudian

Dalam Islam, jual beli pada asasnya dibenarkan selagi tidak mengandungi unsur riba. Riba merujuk kepada lebihan atau pertambahan yang tidak adil dalam sesuatu urusan kewangan. Ia boleh wujud dalam beberapa bentuk seperti riba al-Fadhl, riba al-Nasi’ah, dan riba al-Yadd.

Walau bagaimanapun, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa Forex Trading adalah haram. Keputusan ini disokong oleh al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami atas beberapa sebab:

  1. Wujudnya unsur riba kerana ketidaksamarataan dalam pertukaran.
  2. Penglibatan pihak ketiga yang memberi pinjaman dan mengambil komisen, yang menyerupai jual beli berserta pinjaman yang dilarang dalam Islam.
  3. Adanya unsur gharar atau ketidakpastian yang tinggi.
  4. Pedagang menjual mata wang yang belum menjadi miliknya sepenuhnya.

Dari segi undang-undang Malaysia pula, Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 menetapkan bahawa hanya Bank Negara Malaysia yang diberi kuasa penuh untuk mentadbir aktiviti Forex Trading. Pedagang yang menjalankan urusan Forex dengan pihak selain daripada Authorised Dealer boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Kesimpulannya, walaupun Forex Trading mungkin kelihatan menarik sebagai cara untuk menjana pendapatan, ia dianggap tidak selaras dengan prinsip-prinsip kewangan Islam dan juga bercanggah dengan undang-undang Malaysia.

Baca juga artikel berkaitan si bawah: