
Kenapa Tak Boleh Guna Kereta Kecil Untuk “Jump Start” Kereta Besar? Ini Sebabnya
Memiliki sebuah kereta bukan lagi satu tanda kemewahan tetapi sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian.
Sama ada untuk ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau sekadar menjalankan urusan seharian, kereta memainkan peranan penting dalam memudahkan pergerakan.
Namun begitu, ramai pemilik kenderaan mengambil mudah tentang perkara teknikal yang boleh membawa kepada kerosakan tidak dijangka.
Oleh itu, memahami serba sedikit tentang kereta dapat membolehkan ia digunakan dengan masa yang lebih lama dan baik.
Hari ini, SK mahu kongsikan tentang satu perkara penting yang ramai pemilik kenderaan sering terlepas pandang.
Merujuk Altimat Saujana Utama, menggunakan kereta kecil untuk jump start kereta yang lebih besar bukanlah satu tindakan yang terbaik.
“Untuk pengetahuan korang, kenapa tak boleh kereta yang kecil macam ni (Perodua Axia) nak jumper kereta yang besar macam ni (Honda CR-V)?”
“Sebab alternator dia tak sokong untuk bateri kecil dan bateri besar, yang ni alternator besar, perlu kuasa yang banyak baru boleh start,” ujarnya sambil merujuk kepada Honda CR-V.
Setiap kereta direka dengan sistem yang sesuai mengikut saiz dan kapasiti enjinnya
Sebagai contoh, kereta kecil seperti Perodua Axia hanya mempunyai kapasiti enjin 1.0 cc, manakala kereta yang lebih besar seperti Honda CR-V mempunyai enjin 2.0 CC.
Perbezaan ini bukan sahaja mempengaruhi kuasa pemanduan, tetapi juga sistem elektrik kereta tersebut seperti alternator dan bateri.
Alternator merupakan komponen yang bertanggungjawab untuk mengecas bateri dan membekalkan tenaga elektrik kepada komponen-komponen kereta.
Alternator kereta kecil seperti Axia direka untuk menyokong sistem menggunakan kuasa yang rendah.
Sebaliknya, kereta seperti Honda CR-V memerlukan alternator yang jauh lebih besar dan berkuasa tinggi, memerlukan tenaga yang lebih banyak.
Oleh itu, alternator kereta kecil tidak mampu membekalkan kuasa yang cukup untuk mengecas atau menghidupkan sistem kereta besar.
Risiko merosakkan bateri kereta kecil
Selain tidak berkesan, tindakan ini juga boleh mendatangkan risiko kerosakan kepada kereta kecil. Bateri dan alternator kereta kecil boleh menjadi terlalu terbeban, menyebabkan kerosakan kepada sistem elektriknya.
Ini boleh mempercepatkan kerosakan bateri dan menyebabkan kos penukaran dan pembaikan yang sangat tinggi.
“Kalau nak jumper kereta macam ni (Honda CR-V), kena guna 4×4 atau van yang baterinya besar,” pesannya di dalam video.
Walaupun niat untuk membantu adalah baik, penting untuk memahami had sistem elektrik sesebuah kereta.
Moga bermanfaat.
@altimatsaujana Niat nak tolong kereta orang tapi kereta sendiri battery kong #ALTIMATAUTOGARAGE #PETRONASAutoExpert #saujanautamasungaibuloh #saujanautama #BengkelBumiputera #bengkelkereta #carworkshop #serviskereta #carservice #servisaircondkereta #aircondkereta #automotive #sungaibuloh #sungaibuloh47000 #automotive #automotif Doakan kami menjadi bengkel kereta terbaik di Saujana Utama dan Sg Sungai Buloh. We will do our best to provide the best car workshop & repair in Saujana Utama and Sg Sungai Buloh.
♬ original sound – Altimat Saujana Utama – Altimat Saujana Utama
Sumber: Altimat Saujana Utama via TikTok
The post Ini Sebab Kereta Kecil Tak Sesuai Untuk “Jump Start” Kereta Besar appeared first on Siakap Keli.


![Yusuf Azmi Tampil Perjelas Dakwaan Dikepung Penarik Kereta Kerana Bayaran Vellfire Tertunggak [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)

