Ini Sebab Mengapa 5 Negeri Ini Tidak Bercuti Pada 1 Januari 2025

31 Dec 2024 • 4:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, menjelang 1 Januari pasti akan jadi cuti umum, di mana kebanyakan kerja waktu pejabat atau mana-mana sektor kerajaan tidak akan beroperasi.

Namun begitu, tahukan anda bahawa tak semua negeri akan dapat cuti umum pada hari tersebut? Terdapat 5 negeri yang terkecuali daripada memilih cuti tahun baharu ini sebagai cuti umum iaitu Johor, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis.

Ini kerana kelima-lima negeri tersebut ada berkait rapat dengan tradisi dan budaya dan ia sekali gus mempunyi jadual cuti umum yang berlainan dengan negeri lain.

Menurut Harian Metro, di Terengganu dan Kelantan, mereka tidak meraikan sambutan Tahun Baharu secara rasmi kerana negeri berkenaan lebih cenderung meraikan hari kebesaran yang terkait dengan agama Islam.

Bahkan, cuti hujung minggu untuk kedua-dua negeri itu jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu dengan tujuan, memudahkan rakyatnya untuk menunaikan solat Jumaat tanpa halangan.

Perkara yang sama juga kepada Kedah, Johor dan Perlis, ketiga-tiga negeri ini lebih menumpukan kepada acara keagamaan dan adat resam berbanding dengan acara universal.

Harap penjelasan ini menjawab jika ada yang masih ragu-ragu berkenaan dengan cuti umum tahun baharu, anda digalakkan untuk mendapatkan pengesahan daripada majikan untuk elak sebarang kekeliruan.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.