Kecederaan buku lali belum pulih, Zii Jia tarik diri Terbuka Malaysia

3 Jan 2025 • 10:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 3 JAN: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Team LZJ di media sosial hari ini, pemain nombor enam dunia itu terpaksa membuat keputusan tersebut selepas masih belum sepenuhnya pulih daripada kecederaan ligamen buku lali kanan yang dialaminya semasa Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, bulan lalu.

“Penyertaannya di Terbuka India dan Masters Indonesia yang turut dijadualkan pada bulan ini masih dalam pertimbangan, bergantung kepada tahap pemulihannya sepenuhnya,” menurut kenyataan tersebut.

Pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini diundi untuk bertemu pemain Taiwan Su Li Yang pada aksi pusingan pertama kejohanan bertaraf Super 1000 yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$1.45 juta (RM6.52 juta).

Di Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, Zii Jia terpaksa menarik diri ketika mendahului set kedua bertemu pemain China, Li Shi Feng, dalam aksi terakhir Kumpulan A.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved