
Pelajar Sarawak Terus Dibantu: Senarai Bantuan Kerajaan GPS Yang Anda Boleh Mohon
Ini Senarai Bantuan Kerajaan GPS Untuk Pelajar Sarawak. Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus komited dalam memastikan pelajar-pelajar Sarawak mendapat sokongan kewangan yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran.
Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan bagi membantu mengurangkan beban kewangan pelajar, sama ada mereka melanjutkan pengajian dalam negeri atau di luar Sarawak.

Berikut adalah bantuan yang disediakan:
Baucar Buku Percuma – RM500
Bantuan ini membolehkan pelajar membeli buku rujukan dan bahan pembelajaran yang diperlukan untuk pengajian mereka.
Bantuan Laptop – RM3,000
Kerajaan GPS menyediakan bantuan sehingga RM3,000 bagi pelajar yang memerlukan komputer riba untuk tujuan pembelajaran.
Bantuan Wang Saku – RM1,200
Bantuan ini bertujuan meringankan perbelanjaan harian pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka.
Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) – RM400
Bagi pelajar yang menuntut di Semenanjung dan ingin pulang ke Sarawak, kerajaan menyediakan bantuan sebanyak RM400 bagi menampung kos perjalanan.
Bantuan Kemasukan IPT (Geran Tidak Perlu Bayar Balik)
- Dalam Sarawak: RM1,000
- Luar Sarawak: RM1,500
Bantuan ini diberikan kepada pelajar yang baru mendaftar masuk ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi meringankan kos awal pengajian.
Meningkatkan Masa Depan Pendidikan Sarawak
Bantuan-bantuan ini mencerminkan usaha kerajaan negeri dalam memastikan pelajar Sarawak mendapat akses pendidikan yang lebih baik tanpa beban kewangan yang besar. Oleh itu, pelajar yang layak digalakkan untuk memohon dan memanfaatkan inisiatif ini.
Sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan dan keluarga agar lebih ramai pelajar dapat menikmati manfaat yang disediakan.
Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai bantuan kerajaan kepada pelajar Sarawak:


