Tukar Bantuan SKAS Kepada Tunai, Kerajaan Sarawak Sedia Ambil Tindakan Tegas

21 Feb 2025 • 1:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penerima & Peniaga Perlu Ambil Perhatian

Tukar Bantuan SKAS Kepada Tunai, Kerajaan Sarawak Sedia Ambil Tindakan Tegas. Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Namun, ada satu perkara penting yang perlu diketahui oleh semua penerima dan peniaga yang terlibat—bantuan ini tidak boleh ditunaikan dalam bentuk wang tunai!

image is not available

Tindakan Tegas Jika SKAS Ditukar Kepada Tunai

Kerajaan Sarawak telah menegaskan bahawa peniaga (merchant) yang didapati menukarkan bantuan SKAS kepada wang tunai (cash out) boleh dikenakan tindakan tegas. Ini termasuk pembatalan lantikan mereka sebagai penyedia perkhidmatan S Pay Global – SKAS.

Bagi penerima bantuan pula, jika mereka cuba mendapatkan wang tunai dengan cara yang menyalahi peraturan, nama mereka boleh disenarai hitam daripada menerima bantuan pada masa akan datang.

Kenapa Bantuan SKAS Tidak Boleh Ditunaikan?

Bantuan SKAS diperkenalkan sebagai satu bentuk bantuan kewangan digital bagi memastikan dana yang diberikan digunakan khusus untuk pembelian keperluan asas seperti makanan dan barangan runcit. Ini bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan bantuan dan memastikan ia benar-benar membantu golongan yang memerlukan.

SKAS: Inisiatif Baharu Untuk Rakyat Sarawak

SKAS merupakan satu inisiatif baharu daripada Kerajaan Sarawak yang berusaha meringankan beban rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat, bantuan ini diharapkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada penerima.

Oleh itu, semua penerima dan peniaga diingatkan agar mematuhi syarat yang telah ditetapkan dan tidak menukarkan bantuan ini kepada wang tunai. Marilah kita bersama-sama memastikan bantuan ini dimanfaatkan dengan cara yang betul!

Baca juga cerita berkaitan di bawah: