Ini Senarai Lokasi Jualan Rahmah Bergerak Di Sarawak

19 Feb 2025 • 11:47 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Semak lokasi berhampiran anda

Ini Senarai Lokasi Jualan Rahmah Bergerak Di Sarawak. Buat rakyat Sarawak, ada berita baik untuk anda! Jualan Rahmah Bergerak kini tiba di negeri ini dengan pelbagai lokasi terpilih bagi memastikan lebih ramai rakyat dapat menikmati barangan keperluan pada harga lebih murah. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat dengan menyediakan barangan asas pada harga lebih rendah.

Jualan Rahmah ini bukan sahaja menawarkan harga yang lebih menjimatkan tetapi juga mudah diakses di beberapa lokasi strategik di seluruh Sarawak. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan rumah dengan harga yang berpatutan!

image is not available

Senarai Lokasi dan Tarikh Jualan Rahmah Bergerak di Sarawak

Berikut adalah lokasi dan tarikh Jualan Rahmah Bergerak yang akan berlangsung di Sarawak:

1. Zon Batang Lupar, Kanowit & Kapit

  • 201 Batang Lupar (N.29 Beting Maro)
    ️ 22 Februari 2025 | 9:00 pagi – 3:00 petang
    Pusat Ekonomi Kampung Spinang (Pasar Serbaneka Keluarga Pusa)
  • 201 Batang Lupar (N.28 Lingga)
    ️ 25 Februari 2025 | 9:00 pagi – 3:00 petang
    Dewan Serbaguna Maludam (Pasar Serbaneka Keluarga Pusa)
  • 210 Kanowit (N.49 Ngemah)
    ️ 21 Februari 2025 | 9:00 pagi – 1:00 petang
    Dewan Penghulu Seribu, Ng. Tada, Kanowit (ML Trading Co.)
  • 215 Kapit (N.63 Bukit Goram)
    ️ 22 Februari 2025 | 10:00 pagi – 5:00 petang
    Perkarangan Tapak Town Square Pekan Kapit (I Mart Xcel Sdn Bhd Kapit)

2. Zon Sri Aman, Kota Samarahan & Santubong

  • 202 Sri Aman (N.30 Balai Ringin)
    ️ 23 Februari 2025 | 10:00 pagi – 3:00 petang
    Dewan Mini Chapel St. James Kampung Abit, Balai Ringin (Wang Fatt Coldstorage)
  • 197 Kota Samarahan (N.16 Muara Tuang)
    ️ 23 Februari 2025 | 10:00 pagi – 3:00 petang
    Dewan Serbaguna Kampung Tanjung Parang (Owensheng Daily Fresh)
  • 193 Santubong (N.03 Tanjung Datu)
    ️ 22 Februari 2025 | 10:00 pagi – 3:00 petang
    Kampung Sekambal Cina, Lundu (Borong King)

3. Zon Sibu & Selangau

  • 212 Sibu (N.54 Pelawan)
    ️ 22 & 23 Februari 2025 | 9:00 pagi – 9:00 malam
    CCK Local, Sibu
  • 214 Selangau (N.60 Kakus)
    ️ 20 & 21 Februari 2025 | 8:00 pagi – 12:00 tengah hari
    Indai Discount Store, Tatau, Bintulu

4. Zon Betong, Saratok & Bandar Kuching

  • 204 Betong (N.36 Layar)
    ️ 22 & 23 Februari 2025 | 9:00 pagi – 9:00 malam
    Gfresh Mart
  • 205 Saratok (N.39 Krian)
    ️ 22 & 23 Februari 2025 | 8:00 pagi – 5:00 petang
    Nam Leong Department Saratok
  • 195 Bandar Kuching (N.10 Pending)
    ️ 22 & 23 Februari 2025 | 9:30 pagi – 1:30 tengah hari
    Everrise Pending

5. Zon Bintulu, Miri & Julau

  • 217 Bintulu (N.67 Jepak)
    ️ 22 & 23 Februari 2025 | 8:00 pagi – 5:00 petang
    MDS Mart (Kemena) Sdn Bhd
  • 218 Sibuti (N.72 Lambir)
    ️ 23 Februari 2025 | 9:00 pagi – 3:00 petang
    Kampung Tar (MDS Mart Miri)
  • 209 Julau (N.48 Meluan)
    ️ 20 & 21 Februari 2025 | 9:00 pagi – 1:00 petang
    Ting Lik Ee, Julau

Anda boleh jimat berbelanja dengan Jualan Rahmah

Jualan Rahmah Bergerak ini merupakan peluang terbaik untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih menjimatkan. Pastikan anda menyemak lokasi berhampiran dan hadir lebih awal bagi mengelakkan kesesakan! Jangan lupa untuk membawa beg sendiri dan membeli secara berhemah.

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di media sosial.

Baca juga cerita semasa di bawah: