Kanak-kanak 10 tahun rebah, tidak sedarkan diri gara-gara tertelan gula-gula kenyal

LocalHealth & Fitness
19 Feb 2025 • 7:57 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SELALU nampak ada mak cik jual gula-gula mahu pun makanan ringan di luar sekolah. Walaupun sudah ditegur tetapi ibaratnya mereka ini ‘kebal’ dan tidak berganjak. Ada juga yang tutup sehari tetapi keesoknnya buka semula gerai jualan.

Kanak-kanak dengan gula-gula memang tidak dapat dipisahkan terutama gula-gula kenyal yang pelbagai rupa.

image is not available

Lagi comel bentuknya lagi menarik minat anak-anak untuk mencubanya. Ditambah pula dengan warna-warni yang pastinya mampu ‘mengaburi’ mata anak-anak.

Ibu dan ayah hadkan pengambilan makanan seperti ini tetapi kadang-kadang anak ini bijak mengambil kesempatan. Mereka tidak tahu risiko dan bahaya di kemudian hari sekiranya kerap kali makan gula-gula sebegini.

Seperti mana kejadian yang berlaku baru-baru ini di mana seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan kritikal selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang dibeli di luar sekolah.

Mangsa, Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin, 10, sebelum itu didakwa rebah dan tidak sedarkan diri ketika sedang belajar di dalam kelas di sekolahnya di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang pada Selasa.

Berdasarkan perkongsian ibu saudaranya di Facebook yang dikenali sebagai Fara Hani, Mohamad Hafiz kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP). Dia merayu doa dari orang ramai agar mendoakan kesembuhan buat anak buahnya ini.