
Umum mengetahui temasya Sukan Olimpik 2024 yang berlangsung di Paris akan diadakan pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Bukan itu sahaja, satu lagi temasya sukan melibatkan atlet paralimpik juga akan turut berlangsung di tempat yang sama bermula 28 Ogos hingga 8 September 2024.
Majlis Paralimpik Malaysia Lancar Pakaian Rasmi Atlet
Dengan hanya berbaki kurang 50 hari lagi menjelang Sukan Paralimpik Paris 2024, Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) telah melancarkan pakaian rasmi kontinjen negara untuk temasya sukan terbesar itu.
Pengumuman itu dibuat oleh PCM menerusi satu hantaran di akaun rasmi milik mereka di platform X.
Menerusi perkongsian di akaun @NPCMalaysia, kelihatan satu video yang berdurasi 20 saat mempamerkan pakaian rasmi yang akan digunakan oleh atlet paralimpik Malaysia dalam temasya sukan itu.
Apa yang menariknya adalah rekaan baju tersebut nampak segar dan dilihat berbeza dengan pakaian rasmi atlet sukan olimpik namun masih lagi mengekalkan identiti Malaysia.
Melalui video itu, pakaian tersebut menjadikan warna putih sebagai warna utama manakala belang harimau pada pakaian berkenaan diwarnakan dengan warna biru, merah, kuning dan kelabu.
𝗧𝗵𝗲 𝗪𝗮𝗶𝘁 𝗜𝘀 𝗢𝘃𝗲𝗿!
— Paralympic Council Malaysia (@NPCMalaysia) July 9, 2024
Fresh from the oven, we’re excited to unveil our Official Leisure Outfit for the Paris 2024 Paralympic Games.
Get ready to stand out and show your support in style! pic.twitter.com/gl8sYvcPYT
Guna Atlet Sebagai Model Peragakan Baju
Malah, apa yang turut menjadi perhatian adalah PCM menggunakan atlet paralimpik seperti Muhammad Imaan Aiman dan Abdul Razzaq Abdul Rahman sebagai model untuk memperagakan pakaian berkenaan.
and Abdul Razzaq Abdul Rahman from Boccia Sport.
— Paralympic Council Malaysia (@NPCMalaysia) July 9, 2024
We are proud of the designs that embody strength, resilience, and style.
Please show your support and celebrate their journey with us! pic.twitter.com/maFc1y2hGj

Pengguna Media Sosial Puji Rekaan Baju Buat Atlet Paralimpik Negara
Menjengah ke ruangan komen, majoriti pengguna media sosial memuji rekaan pakaian tersebut. Rata-rata daripada mereka berpendapat rekaan itu ‘segar’, cantik serta berbeza daripada kebiasaan.
Malah, ada yang turut menyuarakan keinginan untuk membeli pakaian itu kerana tertarik dengan rekaan baju tersebut.
Namun, tidak kurang juga ada yang membandingkan rekaan baju tersebut dengan baju rasmi kontinjen negara bagi Sukan Olimpik 2024 yang sebelum ini mendapat kritikan daripada pengguna media sosial.
Berikut antara komen pengguna X:
“Ini Sebenarnya Yang Malaysia Mahu”

“Cantik Teruk Design Baju Paralimpik”

“Apahal Paralimpik Punya Outfit Lagi Padu Daripada Outfit Olimpik”

“Cantik Gila, Nak Beli”

“Baru La International Punya Level, Cantik Gila”

Baca Artikel Berkaitan: “Tiada Guna Baju Cantik Tapi Gagal Bawa Pulang Emas” – Ketua Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris 2024
Baca Artikel Berkaitan: Minah Salleh Sifatkan Baju Olimpik Malaysia Seperti Baju Sukan Sekolah [Video]
Source:


