“Inikah Caramu Melukai Ku? Aku Ibu Kepada Anak-Anakmu” – Dr. Fie Merayu Kepada Nubhan

LocalFamily & Parenting
9 Nov 2025 • 8:38 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nama Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie kembali menjadi perhatian selepas membuat luahan jujur di Threads khas buat Nubhan.

Dr. Fie meluahkan rasa kecewa dan keletihan terhadap apa yang sedang berlaku dalam rumah tangganya.

“Saya cuma nak selesai dengan cara baik” – Dr. Fie

Dalam salah satu tulisannya, Dr. Fie berkata, anak-anaknya yang semakin membesar akan memahami apa yang berlaku.

Dia merayu supaya isu diselesaikan dengan aman dan senyap demi anak-anak mereka. Tambah Dr. Fie lagi, dulu dia pernah menjadi pendukung terbesar Nubhan, termasuk mengidolakan suaminya itu.

image is not available

Sebagai isteri, dia juga pernah menaruh sepenuh kepercayaan dan mengambil berat terhadap rumahtangga walaupun tidak sempurna di mata Nubhan.

image is not available

Tidak berhenti di situ, Dr. Fie turut menulis dalam Bahasa Melayu menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk mengeruhkan keadaan.

image is not available

Tambahnya lagi, suatu hari nanti kebenaran akan terungkap tanpa dia perlu menjelaskan satu persatu tuduhan yang timbul.

Dakwaan ibu mentua Nubhan tuntut RM5 juta jika mahu bercerai

Terdahulu, tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa ibu mentua Nubhan menuntut RM5 juta sekiranya pasangan itu mahu berpisah.

Menurut laporan mStar, seorang pengguna Threads mendakwa isu penceraian pasangan itu telah berlarutan lama dan sering dibincangkan.

image is not available

Turut timbul dakwaan bahawa Dr. Fie tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, selain kononnya bapa mentua menukar sekolah anak tanpa pengetahuan Nubhan.

Namun, kenyataan ini hanya dakwaan semata-mata dan belum disahkan oleh mana-mana pihak terlibat.

Pssttt! Apabila isu rumah tangga mula terbuka di media sosial, apa sahaja kenyataan boleh mencetuskan salah faham dan persepsi berbeza. Semoga kedua-dua pihak memilih jalan damai dan menyelesaikan masalah dengan penuh hikmah, demi kebaikan anak-anak dan maruah keluarga.

Kredit: mStar | Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Inikah Caramu Melukai Ku? Aku Ibu Kepada Anak-Anakmu” – Dr. Fie Merayu Kepada Nubhan appeared first on Oh! Media.