“Bibik Lebih Layak Ke Dari Ibunya?” – Isteri Tegur Nubhan Bawa Anak-Anak Jumpa Pembantu Rumah

EntertainmentFamily & Parenting
7 Nov 2025 • 9:42 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penyanyi dan usahawan, Nubhan baru-baru ini mengundang kontroversi apabila tiba-tiba memuat naik status ‘Amber Heard’ di Instagram Storynya.

Walaupun tidak menyatakan konteks perkongsian itu, netizen seolah-olah merasakan Nubhan cuba menyindir situasi rumahtangga yang dihadapinya kini.

BACA: Perkongsian Nubhan Mengenai ‘Amber Heard’ Undang Kecaman

Lebih memburukkan keadaan apabila penyanyi ini memuatnaik momen anaknya yang teruja bertemu dengan pembantu rumah.

Anak-anak Nubhan teruja jumpa bibik

View this post on Instagram

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

Perkongsian itu turut mengundang respon daripada bekas isterinya Dr Afifah. Dr. Afifah mempersoalkan adakah anak-anak mereka lebih layak dijaga oleh pembantu rumah berbanding ibu sendiri.

image is not available

Difahamkan, konflik Nubhan dan bekas isteri semakin hangat apabila Nubhan membuat tuntutan hak jagaan tiga anak mereka.

Menurut peguam syarie yang mewakili Nubhan iaitu Mohd Redzuan Ramli, penyanyi tersebut memfailkan dua tuntutan iaitu hadanah kekal dan interim.

View this post on Instagram

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

Dalam hantaran lain, Nubhan memuat naik momen makan bersama anak-anaknya dan bibik. Netizen menyindir Nubhan yang hanya bungkus makanan dari luar dan menyifatkan air tangan ibu lebih baik untuk anak-anak.

image is not available
image is not available

Pssttt! Isu rumah tangga ini sepatutnya diselesaikan secara tenang tanpa melibatkan anak-anak yang masih kecil. Apa pun, semoga kedua-duanya dapat mencari jalan terbaik demi kebahagiaan anak-anak mereka.

Kredit: Instagram Nubhan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Bibik Lebih Layak Ke Dari Ibunya?” – Isteri Tegur Nubhan Bawa Anak-Anak Jumpa Pembantu Rumah appeared first on Oh! Media.