Inisiatif MPUPK labuhkan tirai di Zon Timur

LocalBusiness & Finance
26 Oct 2026 • 8:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Inisiatif MPUPK labuhkan tirai di Zon Timur

KUANTAN: Siri Program Turun Padang oleh Penasihat Khas Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPUPK), Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagi tahun 2026 melabuhkan tirainya hari ini di Zon Timur.

Kemuncak program di bawah inisiatif MPUPK itu memanfaatkan hampir 1,000 usahawan dan wakil persatuan serta dewan perniagaan dari Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Program Turun Padang Penasihat Khas MPUPK Zon Timur itu merupakan siri jelajah ketiga selepas Zon Utara serta Zon Selatan masing-masing pada Januari dan Julai lalu, sejak pelantikan Wan Rosdy sebagai Penasihat Khas MPUPK oleh Perdana Menteri pada 2025.

Selain bertanggungjawab memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara, Penasihat Khas MPUPK berperanan sebagai pengantara untuk memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri terutama dalam pembangunan PMKS dan usahawan Bumiputera.

Wan Rosdy dalam ucapannya berkata, beliau teruja dengan sambutan menggalakkan daripada PMKS dan usahawan dalam program tersebut.

Menurut beliau, kehadiran dan sambutan positif daripada pelbagai pihak itu mencerminkan komitmen bersama dalam memperteguh ekosistem keusahawanan di peringkat negeri dan wilayah.

Tambah beliau, Sesi Forum Bersama Usahawan Bumiputera yang menjadi pengisian utama program itu merupakan wadah terbaik untuk kerajaan mendengar denyut nadi PMKS yang merupakan tunjang ekonomi negara dengan hampir 1.3 juta firma perniagaan merangkumi 96 peratus daripada keseluruhan perniagaan di Malaysia.

Selain memberi ruang kepada usahawan menyuarakan secara langsung isu dan cabaran yang dihadapi dalam perniagaan, sesi tersebut turut bertindak sebagai platform untuk menjelaskan peranan MPUPK dalam menyelaras dasar dan bantuan kerajaan agar dapat sampai kepada usahawan di peringkat akar umbi selain mengetengahkan pelbagai sokongan dan inisiatif kerajaan bagi membantu PMKS Bumiputera.

Image from: Inisiatif MPUPK labuhkan tirai di Zon Timur
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam (lima dari kiri) ; Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Nazri Abu Bakar (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy (dua dari kiri).

Pada majlis sama, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia merangkap Ketua Sekretariat Tetap MPUPK, Rizal Nainy berkata, kerajaan kekal komited dalam usaha menyokong PMKS seperti dalam pembentangan Belanjawan 2027.

“Sejumlah RM67.9 bilion telah diperuntukkan untuk pembangunan PMKS termasuk RM3.63 bilion khusus bagi pembangunan PMKS Bumiputera melalui inisiatif seperti program pembiayaan dan pembangunan kapasiti sebanyak RM2.8 bilion, projek melibatkan kontraktor kecil Bumiputera berjumlah RM775 juta dan Program 10 Juara Bumiputera dengan peruntukan RM40 juta.

“SME Corp. Malaysia juga telah diperuntukkan sebanyak RM137 juta bagi melaksanakan lapan program pembangunan PMKS pada tahun hadapan,” katanya.

Program Turun Padang Penasihat Khas MPUPK kali ini turut diadakan serentak dengan Karnival Aspirasi Pahang 1st anjuran Kerajaan Negeri Pahang yang berlangsung dari 23 hingga 25 Oktober 2026 di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Kuantan.

Semasa perasmian penutupan karnival itu, Wan Rosdy turut menyampaikan cek cura berjumlah RM305,000 kepada PMKS merangkumi RM200,000 kepada dua penerima di bawah Program Dana Pemangkin Penskalaan PKS dan RM105,000 kepada tujuh penerima Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera Skala (TUBE-S).

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam; Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Nazri Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy. – UTUSAN

The post Inisiatif MPUPK labuhkan tirai di Zon Timur appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved