Inkues Kematian Zara Qairina: Prosiding Tertutup Demi Lindungi Saksi Kanak-Kanak Mulai Hari Ini

LocalFamily & Parenting
22 Sep 2025 • 11:53 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia inkues kes zara qairina

Prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari ke-11 hari ini dijalankan secara in camera atau tertutup kerana melibatkan saksi kanak-kanak.

Menurut laporan Kosmo, hanya pihak berkepentingan sepertu pegawai undang-undang daripada Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) dan wakil Kementerian Pendidikan saja dibenarkan hadir sebagai pemerhati.

Tiada perintah larangan 

image is not available

Walaupun tiada gag order dikeluarkan, Koroner Amir Shah Amir Hassan berulang kali mengingatkan semua pihak termasuk media supaya mematuhi peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Lebih 30 saksi kanak-kanak akan dipanggil dalam kes Zara Qairina

image is not available

Mahkamah Koroner dijangka mendengar keterangan daripada lebih 30 saksi kanak-kanak dalam beberapa hari akan datang, daripada sekurang-kurangnya 68 saksi yang disenaraikan.

Setakat ini, lapan saksi dewasa sudah tampil memberi keterangan sejak prosiding bermula pada 3 September lepas.

Pssttt! Kes yang melibatkan kanak-kanak perlu ditangani dengan penuh sensitiviti. Hormatilah proses undang-undang demi menjaga emosi dan keselamatan mereka.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.