Inkues Zara Qairina: Tidak Wujud VVIP, VIP Ada Hubungan Keluarga Dengan 5 Remaja Dikaitkan Kes Buli – Pegawai Penyiasat

15 Oct 2026 • 9:40 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Inkues Zara Qairina: Tidak Wujud VVIP, VIP Ada Hubungan Keluarga Dengan 5 Remaja Dikaitkan Kes Buli – Pegawai Penyiasat

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui pada ketika ini masih berlangsungnya inkues melibatkan kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Tun Datu Mustapha, Limauan, Kinarut, Sabah Zara Qairina Mahathir.

Saksi Dedah Tiada VVIP, VIP Ada Hubungan Keluarga Dengan 5 Remaja Dikaitkan Kes Buli

Terbaharu, Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Sabah diberitahu bahawa tidak wujud golongan yang amat berpengaruh (VVIP, orang kenamaan (VIP) atau ahli politik yang didakwa mempunyai kaitan serta hubungan keluarga dengan lima orang remaja yang dikaitkan dengan kes buli Arwah Zara Qairina.

Perkara itu diberitahu oleh Pegawai Penyiasat, Inspektor Wong Yew Zhung yang juga saksi ke-83 ketika disoal oleh peguam yang mewakili empat remaja berkenaan, Ahmad Fikry Jaafar Abdullah.

Jelas Wong, kenyataan itu adalah berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan oleh pihaknya.

“Ahmad Fikry: Berdasarkan siasatan Tuan, adakah terdapat kewujudan VIP, VVIP atau ahli politik yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pesalah kanak-kanak A, B, C, D dan E?

“Wong: Tidak wujud,” lapor Harian Metro.

Tiada Bukti Ada Golongan Berpengaruh Beri Perlindungan Untuk Bantu Pesalah

Malah, Wong juga menjelaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang bukti yang menunjukkan terdapat golongan berpengaruh memberi perlindungan untuk melindungi pesalah.

Ahmad Fikry: Berdasarkan siasatan Tuan, sila terangkan adakah Tuan menemukan sebarang bukti bahawa mana-mana VVIP, VIP atau ahli politik telah memberikan perlindungan, menggunakan pengaruh atau mengambil apa-apa tindakan bagi membantu pesalah kanak-kanak A, B, C, D dan E mengelakkan tindakan undang-undang dalam kes ini?

Wong: Tiada.

Saksi Tidak Terima Sebarang Laporan Zara Qairina Dibunuh Atau Dicederakan, Tiada Waris Maklumkan Zara Pernah Dibuli

Tambah Wong pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan yang menyatakan bahawa Zara Qirina telah dibunuh atau dicederakan oleh sesiapa.

Malah, tiada laporan atau maklumat yang mengatakan remaja berkenaan telah dipukul.

Jelasnya lagi, waris arwah juga tidak memaklumkan kepadanya bahawa remaja berkenaan pernah dibuli oleh pelajar senior serta tiada saksi yang tampil mengatakan dia pernah dibuli sehingga menyebabkan kematian.

Malah, pemeriksaan doktor juga tidak menyatakan bahawa kecederaan yang dialami Zara Qairina mempunya unsur jenayah.

Saksi Turut Setuju Kecederaan Dialami Zara Konsisten Dengan Penemuan Pakar Forensik

Ketika ditanya sama ada kecederaan yang dialami arwah Zara Qairina yang jatuh dari tempat tinggi adalah konsisten dengan penerangan Pakar Patologi Forensik Hospital Queen Elizabeth Dr Jessie Hiu yang diperolehnya, Wong menjawab ‘betul’.

Dia juga turut bersetuju dengan pendapat Dr Hiu bahawa bahagian kaki Zara Qairina mengalami impak pertama manakala kecederaan pada bahagian badan dan kepala mangsa adalah akibat impak susulan.

Saksi Mempunyai Kuasa Untuk Arah Hospital Buat Bedah Siasat Sekiranya Terdapat Unsur Jenayah Meskipun Keluarga Tak Setuju

Bukan itu sahaja, Wong turut mengakui sebagai anggota polis, dia mempunyai kuasa untuk mengarahkan hospital melakukan bedah siasatan meskipun waris Zara Qairina tidak bersetuju.

Namun jelasnya, keadaan itu hanya terpakai sekiranya terdapat unsur jenayah berdasarkan siasatan.

Tambah Wong lagi, dia ada bertanya kepada waris mangsa sama ada mereka mahu membuat bedah siastat namun ia ditolak.

Ahmad Fikry: Pendek kata, sewaktu Tuan bertanya kepada waris Zara sama ada mereka ingin membuat bedah siasat, Tuan mendapati tiada satupun unsur-unsur jenayah yang mewajibkan bedah siasat dilakukan. Adakah saya betul?

Wong: Betul.

Ahmad Fikry: Oleh yang demikian, memandangkan pada ketika itu langsung tiada unsur-unsur jenayah, Tuan berpendapat adalah tidak wajib untuk bedah siasat dilakukan ke atas Zara. Adakah saya betul?

Wong: Betul

Ahmad Fikry: Jadi, Tuan bukan saja-saja tidak mahu mewajibkan bedah siasat ke atas Zara sewaktu Tuan bertanya kepada waris Zara. Adakah saya betul?

Wong: Betul

Untuk info, Allahyarham Zara Qairina ditemui dalam keadaan parah di dalam longkang berhampiran asrama kira-kira jam 3 pagi sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi mendapatkan rawatan.

Namun, dia disahkan meninggal dunia pada 1.07 tengah hari sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, Sipitang, Sabah.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Zara Qairina: Cara Kematian Konsisten Dengan Tindakan Bunuh Diri – Pakar Psikiatri

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Dedah Sebahagian Halaman Diari Zara Qairina Dikoyakkan, Ada Tulisan Individu Lain

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved