‘Tiada bukti Zara ditolak atau dibunuh’

15 Oct 2026 • 4:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

‘Tiada bukti Zara ditolak atau dibunuh’

Kota Kinabalu: Seorang pegawai polis yang menjadi saksi terakhir dalam inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner pada Rabu bahawa berdasarkan siasatannya, tiada bukti menolak atau membunuh dalam kes berkenaan.

Inspektor Wong Yew Zhung yang memberi keterangan sebagai saksi ke-83 di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan berkata hasil siasatannya mendapati tiada perkara mencurigakan berhubung kematian Zara.

Ketika ditanya peguam Joan Goh mengenai kemungkinan kematian akibat kemalangan, Wong berkata perkara itu perlu dirujuk kepada pakar.

Berikut ialah soal jawab di mahkamah:Goh: Berdasarkan siasatan kamu, khususnya selepas menemubual 200 individu, kamu turut menyiasat latar belakang keluarga Zara, betul?Wong: Betul.

Goh: Bagaimana pula dengan kemungkinan kematian akibat kemalangan?Wong: Mungkin pakar patologi boleh menjelaskan perkara itu.

Goh: Kamu juga menyiasat hubungan kekeluargaan antara Zara dengan ahli keluarganya, betul?Wong: Betul.

Goh: Berdasarkan siasatan kamu, adakah sesiapa yang mungkin mempunyai motif untuk memalsukan tulisan tangan Zara dalam diari dan 15 keping kertas yang diserahkan kepada kamu seperti yang dinyatakan dalam keterangan kamu?Wong: Tiada kepentingan untuk seseorang berbuat demikian.

Zara, 13, ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran longkang di kawasan asrama pada 16 Julai 2025 dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.

Mayatnya digali semula pada 9 Ogos 2025 sebelum bedah siasat dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan pada 10 Ogos.

Pada 20 Ogos 2025, lima remaja yang diberi nama samaran Pelajar A, B, C, D dan E didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak berhubung kes Zara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved