Insiden di Selatan Thailand: Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan

24 Aug 2026 • 9:13 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Polis Kelantan nasihat rakyat Malaysia tangguh perjalanan ke Selatan Thailand susulan 51 letupan

Sebanyak 51 kejadian letupan dan insiden keganasan dilaporkan berlaku secara serentak di tiga daerah di Selatan Thailand, iaitu Narathiwat, Yala dan Pattani, dalam tempoh hampir dua jam pada malam Sabtu.

Susulan kejadian itu, Polis Kelantan menasihatkan rakyat Malaysia, khususnya penduduk negeri berkenaan, supaya menangguhkan sementara perjalanan ke negara jiran demi keselamatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, perkembangan keselamatan di Selatan Thailand perlu diberi perhatian serius berikutan insiden keganasan yang dilaporkan berlaku hampir setiap hari.

Baca juga:
https://twitter.com/TwilightDewy/status/2091270386134679633?s=20

Dalam kejadian malam Sabtu itu, serangan yang dipercayai didalangi kumpulan pemisah membabitkan pelbagai bentuk keganasan termasuk pengeboman, pembakaran pejabat serta kenderaan kerajaan dan letupan menara telekomunikasi.

Insiden turut melibatkan rompakan, letupan di kedai serbaneka serta pembakaran tayar di beberapa lokasi.

Dalam pada itu, Mohd Yusoff turut mengingatkan rakyat Malaysia yang memasuki Thailand supaya mematuhi undang-undang dan peraturan negara berkenaan, terutama berkaitan kesalahan trafik.

Katanya, pihak berkuasa Thailand kini meningkatkan operasi penguatkuasaan dan kenderaan dari Malaysia yang didapati melanggar peraturan trafik berdepan tindakan saman.

Sumber: Sinar Harian

The post Insiden di Selatan Thailand: Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved