Insiden kebakaran KLCC: Seorang direman, Polis syak perbuatan khianat

15 Apr 2023 • 4:11 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Polis telah mengeluarkan kenyataan tentang insiden kebakaran yang melibatkan puluhan motorsikal dan beberapa buah skuter elektrik. Antara maklumat yang dikongsikan adalah tentang penahanan seorang individu bagi membantu siasatan.

image is not available

Pihak mereka telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan selepas mereman seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun selama 6 hari sehingga 19 April 2023. Polis juga telah menerima 10 laporan daripada pihak yang terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut.

Buat anda yang terlepas berita, satu kebakaran terlah tercetus berhampiran Suria KLCC. Pihak bomba menerima panggilan pada jam 3:46 petang dan berjaya memadamkan kebakaran pada jam 04:06 petang.

image is not available

Disebabkan beberapa unit skuter Beam turut terlibat dalam kebakaran, spekulasi ada menyatakan yang ia berpunca daripada bateri e-skuter yang terbakar. Namun begitu, menurut pengendali servis e-skuter tersebut, skuter mereka bukanlah punca kebakaran kerana semua e-skuter mereka memenuhi piawiaan ketat keselamatan bertaraf antarabangsa.

Sama-sama kita nantikan hasil siasatan polis dan bomba.