Insiden kebocoran gas kilang ais Ara Damansara: Kenapa ammonia berbahaya?

26 Oct 2023 • 1:06 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Taman Perindustrian Jaya, Ara Damansara ditutup pada 25 Oktober 2023 lalu disebabkan berlakunya kebocoran ammonia di sebuah kilang ais. Insiden kebocoran ammonia didapati kerap berlaku. Carian pantas di Google News buahkan beberapa insiden seperti:

Apakah ammonia?

Ammonia, buat pelajar subjek kimia, mempunyai formula NH3. Ia adalah komponen penting untuk tumbuhan terutamanya dalam penghasilan klorofil.

Jadi, dalam sektor perladangan, pentinglah juga Ammonia sebagai baja tumbuhan untuk mempertingkat hasil tuaian.

image is not available

Tidak hairanlah, ammonia adalah bahan kimia tak organik paling banyak dihasilkan secara industri. 88% daripada Ammonia digunakan dalam penghasilan baja tanaman.

Kenapa kilang ais suka gunakannya?

Ammonia juga adalah agen penyejuk yang sangat baik. Bahan kimia ini mempunyai takat didih pada -28.03° C dan takat beku -77.72° C. Sifat sebegini boleh dimanfaatkan dalam sebuah peralatan sejuk beku, seperti mesin penghasil ais.

image is not available

Untuk hasilkan ais, haba dipindah keluar daripada air menggunakan pemampat, kondenser, dan siratan paip yang mengandungi Ammonia sebagai agen penyejuk.

Bukan sahaja Ammonia ialah agen penyejuk yang sangat baik, ia juga mudah dan murah didapati daripada industri perladangan.

Apa masalah dengan ammonia?

Disebabkan ia mempunyai takat didih -28.03C, ia berada dalam keadaan gas dalam suhu bilik. Gas ammonia tidak mempunyai warna dan manusia hanya tahu akan kehadirannya apabila terhidu bau yang menusuk seperti cecair peluntur. Perasaan hidung tertusuk ini terhasil apabila gas ammonia bertindak balas dengan kelembapan di dalam hidung untuk menjadi sebatian hidroksida yang sangat beralkali. Ia menyebabkan iritasi dan akhirnya merosakkan saluran pernafasan.

Bukan sahaja di dalam hidung. Perkara yang sama boleh berlaku apabila gas ammonia terkena mata ataupun kulit. Maka dengan sebab itulah paramater yang lebih luas daripada kawasan kejadian perlu ditutup.

Bagaimana elak kebocoran ammonia?

Kemalangan tidak dapat dielakkan. Risiko insiden di Ara Damansara boleh diminimumkan dengan penyelenggaraan yang teliti daripada pemilik kelengkapan.

Rutin selenggara yang baik mampu mengenal pasti komponen berpotensi bermasalah sebelum bencana berlaku. Buat orang ramai, sekiranya mengesyaki terdapat kebocoran ammonia, segera jauhi lokasi tersebut secepat mungkin dan mandi dengan kadar segera untuk nyahkan ammonia yang mungkin terlekat di permukaan kulit badan.