Insiden KLIA: Shuhaily tiba di mahkamah bagi pendakwaan

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 8:16 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Insiden KLIA: Shuhaily tiba di mahkamah bagi pendakwaan

SEPANG – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain tiba di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.

Mohd. Shuhaily tiba pada pukul 7.30 pagi yang mana pagi ini beliau difahamkan akan berdepan dengan dua pertuduhan.

Semalam Kosmo! melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan Mohd. Shuhaily dalam satu insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Negara
Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar ketika dihubungi media.

“Saya sahkan Datuk Seri Shuhaily akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang pada esok pagi (hari ini)
atas dua pertuduhan kerana dengan sengaja mencederakan dua anggota polis atas dua pertuduhan. Saya sahkan,” kata Mohd. Dusuki.

Dalam kejadian pada 28 September lalu itu,
kedua-dua anggota polis mendakwa mereka dikasari secara fizikal oleh Mohd. Shuhaily.

Katanya kejadian kedua-dua anggota polis berkenaan sedang menjalankan tugasan rasmi dan mendakwa insiden itu berlaku di tempat awam sehingga menyebabkan kecederaan serta menjejaskan maruah mereka sebagai anggota penguat kuasa.

Pada 17 Oktober lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) memulangkan kertas siasatan kes itu kepada polis untuk tindakan lanjut, baru-baru ini.

Beliau berkata, AGC meminta beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap kertas siasatan itu sebelum memutuskan tindakan lanjut.

Sehubungan itu, Saifuddin berkata, polis sudah diarah melengkapkan siasatan mengikut keperluan ditetapkan AGC. – KOSMO! ONLINE

The post Insiden KLIA: Shuhaily tiba di mahkamah bagi pendakwaan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved