SUNGAI PETANI - Pihak penganjur ekspo terlibat insiden letupan gas di Dataran Jam Besar di sini akur dengan arahan pihak berkuasa sekiranya diminta menangguhkan penganjuran festival makanan itu.
Wakil penganjur, Abdul Lokman Azimi berkata, penganjuran sempena Hari Raya Aidiladha itu dijadualkan berakhir 26 Mei ini namun tetap bersedia sekiranya diminta berbuat sebaliknya.
"Saya sebagai wakil pihak penganjur, kalau kata nak teruskan tu memang sangat-sangat kejamlah saya kan, tak sampai hati, kita menghormati apa yang jadi semalam, dah kehilangan nyawa.
**media[3529811]**
"Kita boleh berhenti, tak ada masalah tapi kita mahu berbincang minta pihak berkenaan untuk pulangkan apa yang telah dibayar sebelum ini untuk kita teruskan event ke depan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
ARTIKEL BERKAITAN: Seorang maut, tiga cedera dalam letupan di tapak ekspo
Insiden letupan tong gas: Dua lelaki disyaki bancuh bahan kimia direman
Beliau berkata, kesemua kira-kira 30 peserta menyertai ekspo kali ini membabitkan jualan makanan kering dan basah.
"Kalau ikutkan semalam banyak yang trauma... orang kata sangat mengerikanlah. Saya pun tak sangka benda ni jadi kan, jadi ramai nak tarik diri.
"Tapi semalam saya minta beri masa untuk berbincang dengan pihak berkuasa untuk tahu apa keputusan sebenarnya, boleh teruskan ataupun kita hentikan macam mana... jadi depa kata okey setakat ini tunggu keputusan pihak berkuasa," katanya.
**media[3529665]**
Menurutnya, dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya lima buah kenderaan terjejas termasuk keretanya yang mengalami kerosakan di bahagian dalam, kemek dan cermin pecah.
Kejadian turut menyebabkan seorang peniaga terkorban dan tiga lagi cedera.





