
Suasana selepas final Piala Dunia antara Argentina dan Sepanyol dicemari insiden tegang apabila beberapa pemain kedua-dua pasukan terlibat pertikaian sejurus wisel penamat dibunyikan.
Kekecohan berlaku selepas Sepanyol mengesahkan kejuaraan menerusi kemenangan 1-0 ke atas Argentina selepas masa tambahan, apabila pemain kedua-dua pasukan bertembung di atas padang ketika skuad La Roja mula meraikan kejayaan mereka.
Insiden itu menyaksikan berlaku aksi tolak-menolak dan pertikaman lidah antara beberapa pemain sebelum anggota kejurulatihan masuk campur untuk meleraikan keadaan.
Antara pemain yang terlibat dalam pertikaian tersebut ialah pemain tengah Argentina, Leandro Paredes, dan pemain Sepanyol, Gavi.
Laporan media antarabangsa menyebut Paredes bertembung dengan beberapa pemain lawan ketika keadaan mula menjadi tegang.
Crazy scenes at full time. 👀#worldcupwithmicky #fifaworldcup pic.twitter.com/4h0ggz307a
— Micky Jnr (@MickyJnr__) July 19, 2026
Baca juga:
Insiden tegang selepas wisel penamat, pemain Argentina dan Sepanyol bertelagah
Lamine Yamal, melutut panjatkan doa selepas Sepanyol julang Piala Dunia
Lebih 500 pelarian Rohingya dikhuatiri maut selepas dua bot karam di luar pantai Myanmar
Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, dilihat cuba menenangkan keadaan dengan meminta pemainnya beredar dari kawasan berkenaan, sebelum insiden itu akhirnya reda.
Kejadian itu berlaku selepas Sepanyol menewaskan Argentina 1-0 hasil jaringan Ferran Torres pada masa tambahan sekali gus menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua.
The post Insiden tegang selepas wisel penamat, pemain Argentina dan Sepanyol bertelagah appeared first on The Reporter.




