Insiden Tembak Jatuh MH17: 2 Warga Rusia & Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

Entertainment
18 Nov 2022 • 12:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada 17 Julai 2014, sebuah insiden telah menggegarkan menggegarkan industri penerbangan dunia apabila pesawat Malaysia Airlines MH17 telah terhempas selepas dikatakan ditembak jatuh dan tragedi itu telah mengorbankan semua 298 nyawa termasuk krew penerbangan.

Semalam, kes berkenaan bertemu pengakhiran apabila Mahkamah Belanda mensabitkan kesalahan terhadap tiga individu dan membebaskan seorang lagi atas tuduhan menembak jatuh kapal terbang tersebut.

Mereka ialah Igor Girkin, bekas Kolonel Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB), Sergey Dubinsky, bekas pegawai Agensi Perisikan Tentera agensi Tentera Russia (GRU) serta Leonid Kharchenko dari Ukraine.

image is not available

Menurut pendakwa raya, kesemua suspek bersekongkol dalam membekalkan sistem peluru berpandu yang digunakan puak pemisah Rusia untuk menembak roket ke pesawat terbabit yang dilancarkan dari sebuah padang di Ukraine.

image is not available

Hakim Hendrik Steenhuis berkata, seorang lagi suspek warga Russia, Oleg Pulatov didapati tidak bersalah.

“Mahkamah memutuskan bahawa MH17 ditembak jatuh melalui tembakan peluru berpandu BUK dari sebuah padang dekat Pervomaisk, yang membunuh semua 298 penumpang dan anak kapal,” katanya.

Ketiga-tiga tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan mereka turut diperintahkan untuk membayar sekurang-kurangnya €16 juta (RM75.26 juta) sebagai pampasan kepada keluarga mangsa.

Sebagai info, perbicaraan kes ini bermula pada Mac 2020 dan ia diketuai oleh mahkamah Australia dan Netherlands.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.