Insight Analytics Berhad raih kontrak RM58.42 juta bagi projek bekalan air di Betong

LocalBusiness & Finance
8 Jan 2026 • 6:14 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Insight Analytics Berhad raih kontrak RM58.42 juta bagi projek bekalan air di Betong image is not available liza08/01/2026 - 18:14 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 8 Jan – Insight Analytics Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya, Insight Analytics Technologies Sdn. Bhd telah menerima Surat Anugerah daripada Bumia Sdn. Bhd sebagai subkontraktor untuk kerja bekalan air di Betong, Sarawak.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Insight Analytics berkata jumlah kontrak bagi projek tersebut ialah RM58.42 juta yang meliputi kerja paip, mekanikal dan elektrik serta kerja infrastruktur. 

 

“Projek ini dijangka bermula pada 12 Januari 2026 dan siap sepenuhnya menjelang 11 Julai 2028.

 

“Kontrak ini dilaksanakan atas dasar harga tetap, dengan pembayaran melalui sijil interim bulanan berdasarkan penilaian kerja yang telah dilaksanakan dan bahan yang dihantar ke tapak. 

 

“Bon prestasi dan insurans projek akan diuruskan oleh kontraktor utama, Bumia Sdn Bhd,” katanya dalam makluman tersebut.

 

Insight Analytics Technologies Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 22 Mei 2003 dan menyediakan penyelesaian teknologi air serta pengurusan aset pintar. 

 

Sementara itu, Bumia Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 16 Jun 2005 dan aktif dalam bidang pembinaan.

 

Lembaga Pengarah Insight Analytics Berhad menyifatkan projek ini sebagai selaras dengan kepentingan terbaik syarikat dan menjangkakan ia akan menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan sepanjang tempoh kontrak.

 

Tiada pengarah, pemegang saham utama atau individu yang berkaitan mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam projek ini. - DagangNews.com

Terkini standard