Inspektor Wanita Hina Anggota Polis Ditahan Hari Ini

18 Jun 2023 • 3:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketua Polis Selangor, Dato’ Hussien Omar Khan telah mengesahkan bahawa seorang pegawai polis wanita yang terbabit dalam kejadian mencemuh dan menghina anggota polis pangkat bawahan baru-baru ini telah ditahan polis.

Memetik laporan Harian Metro, pegawai polis wanita itu ditahan awal pagi tadi bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian di Taman Sri Gombak, Batu Caves pada Khamis lalu.

image is not available

Wanita itu akan diberi jamin petang ini selepas melengkapkan keterangannya.

Kes mencemuh dan menghina anggota polis itu akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil. Suspek juga telah hadir memberi keterangan di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak semalam.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.