Pasaran kamera aksi kembali rancak dengan pengumuman terbaharu daripada Insta360. Syarikat itu mengesahkan bahawa kamera aksi baharunya akan dilancarkan secara rasmi pada Khamis, 21 Ogos 2025.
Pelancaran ini menyusul selepas Insta360 memperkenalkan versi baharu X5 dalam warna Satin White. Meskipun nama rasmi kamera itu masih belum diumumkan secara terbuka, pelbagai mula pihak merujuknya sebagai Insta360 Go Ultra.

Insta360 Go Ultra dijangka menjadi pengganti kepada model Insta360 Go 3S dengan rekaan baharu yang lebih kompak dan hampir menyerupai saiz DJI Action 2.
Berdasarkan maklumat awal serta video promosi yang dikongsikan, kamera dilihat menawarkan penambahbaikan dari segi reka bentuk dan prestasi sekali gus menjadikannya pesaing terdekat kepada model-model terkini daripada DJI dan GoPro.
Maklumat lanjut mengenai spesifikasi dan harga dijangka akan diumumkan semasa acara pelancaran rasmi pada 21 Ogos ini.

