Insta360 Go Ultra Mungkin Dilengkapi Dengan Sensor Baharu Dan Rakaman 4K

TechnologyDigital
14 Aug 2025 • 1:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Insta360 dijangka memperkenalkan kamera aksi baharu susulan model 360° terdahulu. Berkemungkinan dinamakan Insta360 Go Ultra, beberapa imej dan spesifikasi yang tertiris telah mendedahkan maklumat utama mengenai peranti ini.

image is not available

Kamera ini tampil dengan rekaan kompak, namun sedikit lebih besar berbanding model Insta360 GO 3S. Ia kekal ringan dan hadir dengan bentuk yang lebih rata bagi memberikan keselesaan serta kemudahan penggunaan yang lebih baik. Insta360 Go Ultra juga dijangka ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

image is not available

Go Ultra dijangka menggunakan sensor baharu bersaiz 1/1.28 inci yang mampu merakam video sehingga resolusi 4K. Namun, peningkatan paling ketara terletak pada kadar bingkai kini mencecah 60FPS. Sensor ini juga berupaya menangkap lebih banyak cahaya, sekali gus menjanjikan kualiti imej yang lebih baik dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

image is not available

Selain itu, kamera ini turut dilengkapi dengan sensor cahaya ambien, penstabilan FlowState, serta sensor sudut luas dengan medan pandangan sehingga 156 darjah. Ia juga dijangka boleh dipadankan dengan pelbagai aksesori tambahan bagi meningkatkan fungsinya termasuk viewfinder yang boleh dilekat dan ditanggalkan secara magnetik. Tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan namun dijangka akan diketahui dalam masa terdekat.