Insta360 Juga Akan Lancarkan Kamera Gimbal Dwi-Kamera

TechnologyDigital
17 Apr 2026 • 5:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Semalam DJI mengacah Osmo Pocket 4P yang akan hadir dengan dwi-kamera. Tiada tarikh bila ia akan dilancarkan tetapi ia adalah petanda awal era kamera gimbal dengan dwi-kamera bakal bermula. Selepas Osmo Pocket 4P diacah, akaun media sosial Insta360 Jepun telah memuat naik imej acah produk yang seakan serupa.

image is not available

Imej acah sengaja mengaburkan rekaan dwi-kamera yang sedang dibangunkan. Hanya imej depan dan sisi sahaja dapat dilihat dengan konfigurasi berbeza dengan Osmo Pocket 4P. Kamera disusun sebelah menyebelah sedangkan pada Osmo Pocket 4P  ia disusun di atas satu sama lain. Kerana imej dikaburkan, tiada maklumat mengenai sensor dapat dilihat.

Kamera gimbal kompak kini menjadi pengganti kamera aksi sebagai kamera pilihan penghasil kandungan. Ianya kecil, mudah dibawa dan sistem gimbal memastikan rakaman video yang stabil sepanjang masa tanpa gegaran.

Insta360 dan DJI adalah dua pesaing dalam segmen yang sama. Awal tahun ini DJI menyaman Insta360 kerana mendakwa mencuri teknologi mereka selepas mengambil bekas kakitangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved