DJI Turut Mengacah Osmo Pocket 4P Dengan Dwi-Kamera

TechnologyDigital
17 Apr 2026 • 9:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DJI melancarkan Osmo Pocket 4 lewat malam semalam dengan ia dijual di Malaysia bermula RM1999 sebuah. Tetapi selepas pelancaran, kewujudan DJI Osmo Pocket 4P pula diacah dengan ia dilengkapi sistem dwi-kamera. Apabila dilancarkan kelak, ia akan menjadi kamera gimbal kompak pertama dengan sistem dwi-kamera.

image is not available

Sistem kamera Osmo Pocket 4P ini mirip dengan yang digunakan pada DJI Air 3S yang dilancarkan pada tahun 2024. Tiada maklumat mengenai kamera pada Osmo Pocket 4P tetapi pada DJI Air 3S sistem dwi-kamera menggabungkan sensor 50MP+48MP, satu dengan sensor CMOS 1-inci dan satu lagi dengan sensor telefoto 70mm.

Tidak tahun mengapa Osmo Pocket 4P tidak dilancarkan serentak dengan Osmo Pocket 4 kerana kedua-duanya tertiris serentak sejak beberapa bulan lalu. Besar kemungkinan kekurangan komponen memori – Osmo Pocket 4 mempunyai storan terbina buat pertama kali – membuatkan pelancaran model dengan dwi-kamera ditangguh terlebih dahulu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved