Siri Huawei Pura 90 Pro Akan Dilancarkan Pada 20 April

TechnologyDigital
13 Apr 2026 • 9:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei mengesahkan Huawei Pura 90 Pro dan Huawei Pura 90 Pro Max akan secara rasmi dilancarkan di China pada 20 April depan. Berdasarkan imej acah yang dikongsi, peranti ini akan mengekalkan rekaan bonggol tiga segi siri Pura 80 yang dilancarkan sebelum ini.

image is not available

Tiada maklumat mengenai spesifikasi terperinci telah dikongsi tetapi siri Pura 90 Pro nampaknya akan membawakan kelainan menerusi warna cerun pada tubuh yang sudah lama tidak dilakukan pengeluar lain. Contohnya ialah warna baharu Obsidian Black, Dawn Gold, Purple Sunset, Orange Ocean, Emerald Lake. Yang diketahui ialah ia akan ditawarkan dengan sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 1 TB.

Maklumat lebih lanjut mengenai spesifikasi akhir peranti pastinya akan diketahui dalam masa terdekat. Peranti Pura sudah pasti memasuki pasaran Malaysia memandangkan negara kita ialah antara pasaran utama Huawei.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved