Insta360 Luna Pro Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM2099

TechnologyDigital
11 Sep 2026 • 5:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Insta360 Luna Pro Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM2099

Insta360 Luna Pro dilancarkan ke pasaran global dua minggu selepas dilancarkan di China. Kamera kompak dengan gimbal ia versi dengan satu sahaja kamera dilengkapi sensor 1″ yang dibangunkan menerusi kerjasama dengan Leica yang membezakannya dengan Luna Ultra yang hadir dengan dwi-kamera Jun lalu.

Image from: Insta360 Luna Pro Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM2099

Luna Pro menawarkan kemampuan rakaman sehingga 8K30FPS Dolby Vision, di samping menyokong 4K120FPS serta rakaman 4K secara menegak. Fungsi zum digital sehingga 4x turut disediakan dengan sokongan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang berperanan untuk mengekalkan butiran imej. Pada tahap zum maksimum, kamera ini mampu menghasilkan rakaman potret setara 80mm dalam 4K60FPS sekali gus menjadikannya sesuai untuk rakaman jarak jauh.

Image from: Insta360 Luna Pro Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM2099

Luna Pro hadir dengan reka bentuk lebih ringan sekitar 215g namun masih mengekalkan beberapa ciri utama yang menjadi kekuatan kamera ini. Antara ciri tersebut termasuk bateri 1150mAh, sistem penstabilan 3 paksi bersama teknologi FlowState, serta sokongan audio berbilang mikrofon dengan Mic Pro. Seperti Luna Ultra, ia juga hadir dengan alat kawalan jauh yang boleh ditanggalkan.

Image from: Insta360 Luna Pro Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM2099

Di Malaysia ia dijual pada harga RM2099 untuk versi Standard dan RM2579 untuk versi Creator dalam warna Cosmic Black dan Stellar White.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved