Kini Anda Boleh Berbual Dan Bertanyakan Kepada ChatGPT Melalui WhatsApp

TechnologyDigital
19 Dec 2024 • 12:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Disamping pengenalan ciri panggilan suara untuk ChatGPT untuk pengguna di Amerika Syarikat, pihak OpenAI turut memperkenalkan sokongan ChatGPT melalui WhatsApp. Dengan penawaran ini, pengguna boleh lakukan panggilan suara untuk talian khusus menggunakan WhatsApp – atau pada masa yang sama, turut menghantar mesej dan menerima maklumbalas.

image is not available

Ini sekaligus memudahkan lagi anda mengakses perkhidmatan ChatGPT, tanpa perlu membuka pelayar web, atau memasang aplikasi khusus. Namun, salah satu kekurangan untuk penawaran ChatGPT melalui WhatsApp adalah ia menggunakan data latihan pada tahun 2022, maka terdapat sejumlah informasi yang tidak dikemaskini – sebagai contoh, berkenaan kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia.

Bagi anda yang berhasrat mencubanya, anda boleh menambah nombor telefon 1-800-242-8478 pada WhatsApp anda, dan mula bertanyakan pelbagai perkara melaluinya hari ini. Ciri ChatGPT melalui WhatsApp ini juga masih tidak pautkan akaun ChatGPT sedia ada pengguna dengan penawaran melalui WhatsApp.