Instagram Kini Menguji Kebolehan Menjadualkan Mesej Teks (DM)

TechnologyDigital
16 Dec 2024 • 1:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengguna kini sudah boleh menjadualkan siaran utama (post) di Instagram dan nampaknya tidak lama lagi giliran mesej teks (DM) pula. Setakat ini ia masih di peringkat ujian kecil yang melibatkan pengguna Android terpilih. Di mana Instagram menambah kebolehan penjadualan mesej teks baharu supaya pengguna boleh menghantar mesej pada masa yang ditetapkan.

image is not available

Seperti yang diperlihatkan dalam contoh pengguna mempunyai akses kepada pilihan menjadualkan mesej teks ini dengan membuka ruang sembang yang berkaitan. Kemudian mereka perlu menekan dengan lama pada butang hantar untuk menjadualkan tarikh dan masa dipilih. Tempoh masa itu bagaimanapun masih bergantung pada zon waktu semasa di bahagian mana pengguna berada

Hal ini dilihat boleh menjadi cara terbaik untuk pengguna untuk berhubung dengan pengikut di waktu yang terbaik. Pada masa yang sama boleh dijadikan alternatif menarik sebagai cara praktikal untuk pengurusan masa lebih berkesan yang akan bantu pengguna mengurangkan gangguan serta meningkatkan tumpuan.