Instagram Kini Menyokong Sehingga 20 Gambar Dalam Satu Perkongsian

TechnologyDigital
9 Aug 2024 • 11:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Instagram kini mengemaskini penawaran perkhidmatan perkongsian gambar pada platform mereka, membolehkan pengguna memilih untuk berkongsi sehingga 20 gambar dalam satu perkongsian. Ini adalah penambahan berganda berbanding hanya 10 gambar sahaja sebelum ini pada sesuatu perkongsian.

Dengan langkah ini, lebih banyak gambar berkenaan sesuatu perkara atau peristiwa boleh dikongsikan dan disimpan melalui Instagram. Ini juga akan memudahkan sekiranya anda mengajak rakan atau keluarga untuk berkolaborasi untuk sesuatu perkongsian – dimana masing-masing boleh berkongsi lebih gambar.

Ciri baharu Instagram ini diperkenalkan secara berperingkat untuk semua bermula hari ini.

Untuk makluman, sebagai perbandingan, melalui TikTok, ia menyokong sehingga 35 gambar untuk sesuatu perkongsian melaluinya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved