Instagram Notes Menambah Sokongan Perkongsian Video 2 Saat

TechnologyDigital
14 Dec 2023 • 11:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Instagram Notes merupakan sebuah ciri ringkas pada media sosial Instagram, yang memudahkan anda berkongsi nota ringkas atau status harian anda – ala-ala seperti ketika menggunakan Yahoo! Messenger, atau AIM suatu ketika dahulu.

image is not available

Sebelum ini, Instagram Notes telah menambah sokongan teks, dan terbaru mereka menambah kebolehan untuk menerbitkan video dua saat yang berulang (loop) pada Instagram Notes. Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menambah “status” dalam bentuk video, sekaligus menjadikan ia lebih interaktif lagi.

Ciri baru ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Instagram seluruh dunia. Memandangkan ia terhad kepada video 2 saat sahaja, maka ia mungkin tidak akan menggantikan atau menjadi alternatif kepada Instagram Stories sedia ada.