Instagram Pertimbang Membangunkan Aplikasi Khusus Untuk TV

TechnologyDigital
10 Oct 2025 • 8:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta sebelum ini pernah bereksperimen dengan Facebook Video pada TV dalam memudahkan pengguna mengikuti kandungan video terus pada kaca televisyen. Walaupun penawaran berkenaan telah ditamatkan, kini ia dilihat Meta masih tidak berputus asa dalam memenangi penggunaan aplikasi mereka pada kaca televisyen.

image is not available
Sokongan Facebook Video pada TV

Terbaru, ia dikongsikan Instagram sedang pertimbang untuk membangunkan aplikasi khusus untuk kaca televisyen. Melaluinya, ia akan memfokuskan kepada kandungan video, sekaligus membolehkan pengguna terus mengikuti pelbagai kandungan video yang diterbitkan di Instagram, di ruang tamu. Ini juga secara tidak langsung mungkin memposisikannya sebagai penawaran alternatif oleh Meta untuk kaca televisyen, berbanding penawaran YouTube TV dan juga TikTok TV.

Menyentuh mengenainya juga, Ketua Instagram, Adam Mosseri berkongsi mengatakan mereka akan melihat kepada penawaran kandungan Instagram Reels sedia ada di kaca televisyen, dan tidak berminat untuk melesenkan sebarang kandungan atau acara sukan.

Instagram baru-baru ini telah berkongsi mereka mempunyai 3 bilion pengguna aktif bulanan, dan semestinya mereka ingin terus menambah capaian melalui penawaran pada pelbagai peranti-peranti lain di pasaran.