Insurans MediAsas perluas akses rawatan kesihatan

LocalPersonal Finance
24 Oct 2026 • 3:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Insurans MediAsas perluas akses rawatan kesihatan

SHAH ALAM – Pelaksanaan insurans MediAsas bermula Januari tahun hadapan akan membuka peluang kepada rakyat negara ini mendapatkan akses rawatan kesihatan melalui polisi insurans yang ditawarkan syarikat insurans.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, kerajaan menyedari kepentingan memiliki pelan insurans bagi membolehkan rakyat mendapatkan rawatan kecemasan di hospital swasta ketika berdepan situasi mendesak.

“Pelan ini akan ditadbir dan diurus melalui kerjasama antara kerajaan dan industri bagi membantu mengawal kos penjagaan kesihatan yang lebih berkesan.

“Namun perlindungan sebenar bukan sekadar memiliki sesuatu produk. Sebaliknya, kita harus memahami keperluan seseorang individu, memandangkan keperluan setiap individu itu adalah berbeza,” katanya ketika berucap pada Karnival Celik Kewangan Selangor 2026 di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan projek pilot insurans MediAsas telah dijalankan di Lembah Klang sejak akhir bulan Julai lalu, dengan pembeli insurans membuat pembayaran polisi melalui Akaun Sejahtera Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik mereka.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkelfly Ahmad berkata, pelan insurans itu diwujudkan bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan memiliki polisi insurans premium dan mahal.

Sementara itu, Abdul Rasheed menasihatkan golongan belia untuk celik kewangan bagi memastikan mereka mempunyai wang simpanan pada hari tua. – KOSMO! ONLINE

 

 

The post Insurans MediAsas perluas akses rawatan kesihatan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved