“Insya-Allah saya kuat” – Hana Ismail Reda Dengan Keputusan Mahkamah

LocalPolitics
23 Jan 2026 • 1:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Isteri kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed iaitu Hana Ismail memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung dnegan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengekalkan hukuman penjara selama 10 tahun di Penjara Kajang terhadap pendakwah itu.

Reda dengan keputusan tersebut, Hana, 39 mengatakan bahawa dia akan serahkan segala urusan kepada peguam yang dilantik.

Artikel berkaitan : Da’i Syed Ke Penjara Hari Ini, Kekal Bersalah Bagi Kes Rogol

“Tiada komen, insya-Allah saya kuat dan Allah urus serta permudahkan segala urusan. Saya serahkan semuanya kepada peguam dan hanya berdoa kepada Allah sahaja. Insya-Allah, saya bertawakal.”

Hana berkata demikian semasa ditemui selepas tamat prosiding rayuan kes rogol yang melibatkan Da’i Syed di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

Dia datang untuk menemani suaminya di mahkamah bagi mendengar keputusan rayuan dan kelihatan tenang ketika bertemu media.

image is not available

Keputusan mahkamah menetapkan Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful yang kekal bersalah atas kesalahan merogol seorang wanita pada tahun 2019.

Sabitan dan hukuman yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini, iaitu penjara 10 tahun serta 3 sebatan telah dikekalkan.

Hakum Datuk Adlin Abdul Majid menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Sesyen telah dibuat berasaskan bukti kukuh serta penilaian tepat terhadap keseluruhan kes pendakwaan dan pembelaan.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.